Saturday, 3 December 2011

MENGAPA MALAYSIA PILIH KERETA KEBAL PT91



(DISERTAKAN JUGA GAMBAR PT91 YANG DIAMBIL PENULIS DI KEM GEMAS)
Untuk pembaca yang tengah blur, sila baca posting pasal Leopard Singapura pada bulan Januari lepas selepas baca artikel ini.

1. PT91 bukanlah MBT yang terbaik di dunia. Ia merupakan kereta kebal dari generasi ketiga di mana unsur kecanggihannya setaraf dengan Leopard 2A4 milik Singapura, Merkava MKIII atau M1 Abrams. MBT atau Main Battle Tank terbahagi kepada 3 generasi. Generasi keempat sedang dibangunkan dan ini terdiri dari model K2 (Korea Selatan) atau T95 (Russia).

2. PT91 atau Pendekar mempunyai berat lebih kurang 45 tan dengan sistem perlindungan blok armor ERAWA. Pada tahun 2003, saya berpeluang berbual dengan seorang kolonel (B) dari Kor Armor Di Raja Malaysia di Bam, Iran yang dikenali sebagai Kolonel Kamal (selepas bersara, beliau bertugas dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia).

3. Beliau merupakan pengkritik hebat pembelian PT91 malah pernah menghantar laporan bertulis kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Kol (B) Kamal turut melahirkan kritikan terbuka beliau kepada Utusan Malaysia melalui surat pembaca dan disiarkan.

4. Dari beberapa segi saya bersetuju dengan pandangan Kol (B) Kamal dan kami bersependapat mengapa PT91 tidak menjadi pilihan kami, apa lagi kerana ianya dibangunkan dari chasis T-72 menjadi pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Umum telah menyaksikan bangkai-bangkai T-72 Russia di medan pertempuran Chechen pada di antara tahun 1994-2000 melalui kaca TV dalam keadaan yang amat menyedihkan, ada sesetengah diletup sehingga turret kereta kebal terpisah dari badan.

5. Sekali lagi, dunia disajikan dengan kisah sedih T-72 apabila kereta kebal M1 Abrams melayak kereta kebal T-72 Iraq dalam siri pertempuran Desert Strom sehingga ke penaklukan Iraq. Kita kecualikan cerita T-72 di Iraq kerana T-72 yang dipakai oleh rejim Saddam Hussein merupakan salinan T-72 yang diberi nama Lion of Babylon atau Asad Babil.

6. Salinan Asad Babil ini tidak dibina dengan baik dan kualitinya tidak sama dengan T-72 yang asal. Jadi tidak adil untuk menggunakan senario Perang Teluk dengan konflik yang bakal membabitkan PT91 Pendekar Malaysia.

7. Masalahnya sejarah memang tidak berpihak kepada T-72, sebelum konflik di Chencen pun, T-72 milik Syria tidak beraksi dengan baik ketika menentang Israel, asyik menjadi mangsa ratahan kereta kebal Israel dari jenis Merkava. Kita pun tahu, PT91 walaupun sudah dimodenkan, ia tetap tidak setanding dengan mana-mana kereta kebal generasi ketiga yang lain.

8. Kol (B) Kamal berharap Malaysia ketika itu memilih kereta kebal buatan Korea Selatan iaitu dari jenis Daewoo K1, yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat dan hampir sama bentuk dengan M1 Abrams. Daewoo mengunakan tagline “Teknologi Amerika dengan Harga Asia” untuk penjualan kereta kebal itu.

9. Beliau pernah menyanggah penganalisa politik dan pertahanan Abdul Razak Baginda dalam satu seminar ketika Abdul Razak menyatakan kepada hadirin bahawa T-72 merupakan kereta kebal terbaik di dunia, butiran mengenai seminar itu tidaklah diketahui.

10.PT91 Pendekar pada pendapat beliau memang tidak sesuai dengan doktrin peperangan ATM. Kereta kebal yang dibangunkan oleh Poland itu sebenarnya dicipta oleh Russia sebagai T-72 (selepas mendapat pengalaman semasa perang dunia kedua). Doktrin peperangan Russia juga berbeza, secara asas, dalam peperangan, kereta kebal mereka akan membuat serbuan besar-besaran.

11.Dengan jumlah anggota tentera yang berjuta, kehilangan anggota dan kemusnahan kereta kebal tentera Russia bukan masalah utama. Pasal itu, T-72 dibangunkan sebagai kereta kebal dengan kos yang murah serta alternatif kepada T-64 pada tahun 60an dahulu dan ketebalan armor serta keselesaan krew kereta kebal bukan keperluan utama.

12.Masalah lain, PT91 Pendekar menggunakan sistem autoloader untuk menyumbat peluru meriam ke dalam laras. Ini bermakna peluru dimasukan secara automatik ke dalam laras dan mengurangkan jumlah krew. Sistem ini diketahui sering bermasalah dan bakal mengalami kerosakan atau “jem” dalam hiruk pikuk pertempuran yang lasak. Disebabkan itu, kereta kebal terbaik dunia M1 Abrams menggunakan tenaga insani (4 krew berbanding 3 krew pada PT91) untuk memasukkan peluru meriam ke dalam laras.

13.Penulis pernah memasuki ruangan krew PT-91 Pendekar dan ianya amat sempit serta tidak selesa untuk berada di dalam kereta kebal itu bagi satu tempoh yang lama. Malangnya, penulis tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang krew PT-91 Pendekar kerana menurut krew yang bertugas atau “Tankees” (Gelaran bagi krew kereta kebal), gambar yang diambil akan mendedahkan maklumat dan jenis sistem elektronik yang dipasang pada kereta kebal PT91 kepada pihak yang berminat.

14.Penulis pernah bertanya dengan pegawai kanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu, logiknya, mengapa Malaysia memilih PT91. Penulis tidak mahu mengupas mengenai keuntungan lain seperti ekonomi dan lain-lain perkara. Jawapan beliau agak mudah, “Tidak mampu beli Mercedez, cukup sekadar Proton”.

15.Sumber lain yang diperolehi oleh penulis pula menyatakan, kereta kebal itu telah menjadi sedikit mahal dengan pemasangan pelbagai sistem Hunter dan Killer (alat peperangan elektronik) di dalam komponennya.

16.Penulis juga berkesempatan berbual dengan seorang pegawai tentera darat mengenai keperluan kereta kebal PT-91. Beliau mengakui kuasa tembak dari enam buah kereta kebal cukup mengerunkan tetapi faktor kewangan dan keadaan muka bumi Malaysia tidak mengizinkan pengenalan kereta kebal berat dari jenis lain.

17.Walaupun kedengaran negatif pada awal permulaan artikel ini, ini tidak beerti pemilihan PT91 sebagai Main Battle Tank ATM adalah satu kesilapan besar. Perancang dan pakar-pakar pembangun ATM telah memikirkan banyak faktor mengenai pemilihan kereta kebal jenis itu.

18.Faktor pertama, ia mungkin bertindak sebagai pemangkin kerana Malaysia tidak pernah mengoperasikan kereta kebal sebelum ini malah doktrin peperangan yang melibatkan kereta kebal di negara ini masih belum jelas. Singapura sebelum membeli Leopard telah pun mempunyai pengalaman mengoperasikan kereta kebal ringan AMX13 dan Centurion selama lebih 20 tahun.

19.Jumlah kereta kebal yang dibeli oleh kerajaan Malaysia juga tidak banyak iaitu lebih kurang 48 buah sahaja, tetapi disokong oleh pelbagai misil anti tank yang dibeli dari Peranchis dan Pakistan. Ini mungkin memandangkan perancang ketenteraan negara ini sedar, untuk menyaksikan pertempuran MBT dengan MBT di hutan Malaysia adalah sesuatu yang sukar.

20.Lagipun, sehingga kedatangan MBT jenis Leopard ke dalam inventori Singapura, PT91 merupakan kereta kebal yang terbaik di rantau ini. Singapura sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menghentikan kemaraan PT91 milik Malaysia malah kereta kebal ringan AMX yang dimilikinya sudah terlalu lama.

21.Kereta kebal AMX buatan Perancis itu sendiri terpaksa berhenti dari bergerak untuk menembak meriamnya (sama seperti kereta kebal Perang Dunia Kedua).

22.Jadi, Singapura menempah helikopter Apache. Dahulu, penganalisis berpendapat helikopter akan menjadi raja pertempuran menggantikan MBT.

23.Selepas kempen di Iraq, pendapat para penganalisis ini salah, MBT atau kereta kebal masih mengekalkan statusnya sebagai raja pertempuran selepas Amerika Syarikat mendapati helikopter Apachenya gagal mara dalam satu pertempuran di sana.

24.Dengan sejumlah misil MANPADS (tidak diketahui jumlah yang dimiliki Malaysia), yang boleh dilancarkan dari bahu askar infantri, Apache berada dalam keadaan bahaya untuk beroperasi di kawasan ruang udara negara ini yang dipenuhi hutan dan bukit bukau.

25.Secara satu dengan satu, PT91 masih boleh menewaskan kereta-kereta kebal milik Vietnam, Thailand, Indonesia dan Brunei termasuk milik Singapura yang sedia ada seperti Tempest dan AMX.

26.Untuk penggunaan lain, tentera darat mungkin bergantung kepada taktik serangan hendap terhadap sebarang kemaraan armor musuh. Kebolehan membuat serangan hendap ini sudah jelas merupakan satu kelebihan kepada ATM dengan mengambil kira faktor geografi negara ini.

27.Penulis tidak berminat untuk mengupas mengenai muka bumi dan iklim kerana permasalahan ini ada dibincangkan melalui artikel pengenalan MBT Leopard dalam inventori angkatan bersenjata Republik Singapura sebelum ini lagipun kedua-dua artikel ini saling berkaitan.

28.Ada beberapa cerita bagaimana sebuah komander kereta kebal yang baik berjaya mengatasi lawannya yang lebih hebat :

29.Saya masih ingat kisah yang dipetik dari laman web (tidak ingat di mana) tentang seorang komander kereta kebal Abrams yang gagal mengesan tembakan sebuah kereta kebal T-72 Iraq.

30.Pertempuran ketika itu berlaku di malam hari pada jarak beberapa kilometer. Ketumbukan armor Amerika Syarikat sedang diserang tetapi penyerangnya iaitu T-72 Iraq (hanya sebuah) gagal dikesan.

31.Rupa-rupanya, sistem elektronik M1 Abrams itu gagal mengesan T-72 terbabit kerana enjinnya dimatikan, jadi tiada penanda haba yang datang dari kompartmen enjin.

32.T-72 itu akhirnya musnah selepas sistem elektronik (samada ada thermal atau infra red) berjaya mengesan haba pada laras meriam T-72 terbabit yang semakin panas selepas beberapa kali melepaskan tembakan.
SLR SLR

10 Kapal Selam Tercanggih Di Dunia

1. Hyper-Sub

Woow powerboat yang bisa menjadi kapal selam ini seharga Rp. 31.150.000.000. dirancang oleh Marion HSPD.

Powered by twin 440 hp diesel kapal untuk total output 880 hp, Hyper-Sub memiliki kecepatan permukaan maksimum 40 knot dan jarak permukaan maksimum 500 mil. Dalam mode penyelaman Hyper-Sub dapat terjun hingga 250 kaki, dan menawarkan dukungan pusar SCUBA.


2. Yellow Submarine

No yellow no glow (itu iklan TV deng ). Ini merupakan kapal selam personal,hanya terdapat 2 tempat duduk didalamnya. Daya selamnya mencapai 1000 kaki dan oksigennya bertahan 6 jam. Kapal selam ini dilengkapi 120 volt dan 24 volt baterai bank, dua 3 pendorong tenaga kuda,dua 3 pendorong tenaga kuda vertical, empat lampu halogen eksternal, radio komunikasi VHF,dan GPS.

3. EGO Compact Semi Submarine

Hmmm secara teknis ini bukan kapal selam,tp tidak bisa juga dikatakan kapal biasa karena setengah bagian kapalnya tenggelam, hal ini dibuat untuk mengurangi faktor risiko perjalanan bawah air, dan membuatnya sangat mudah untuk mengontrol.

Pandangan yang jelas memberikan pengguna pandangan hebat dari air kehidupan, cocok untuk mereka yang ingin melihat ikan dari dekat tanpa menjadi basah.

4. Seabreacher X

Disebut X Seabreacher, hiu air ini berbentuk kapal selam yang luar biasa membanggakan "mesin supercharged 260 hp, mendorong kapal ke kecepatan tertinggi 50 mph di permukaan dan 25 mph di bawah air."
5. Deep Flight Super Falcon

Merupakan ciptaan terbaru dari marine engineer Graham Hawkes. Deep Flight Super Falcon merupakan kapal selam bersayap seharga Rp. 13.350.000.000 bertenaga baterai yang terlihat seperti pesawat, kecuali ia "terbang" bawah air.

Menurut Hawkes, kapal ini "terbang" seperti pesawat jet, dengan motor listrik mengontrol roll, pitch dan yaw.Kapal selam ini bisa terbang ke bawah dengan kecepatan maksimal sebesar 200 kaki per menit, ke atas dua kali itu kecepatan dan terus terbang untuk maksimal lima jam pada 4 knot - sekitar 4,6 mph.

6. Scubster

Scubster adalah kapal selam pribadi bertenaga manusia terbuat dari serat karbon. dirancang oleh Stephane Rousson untuk mengambil bagian dalam International Submarine Race, kecepatan maksimal 6 mph dan dapat mencapai kedalaman 20 meter.

7. Pig Trough Submarine

Remaja berumur 14thn yang antusias pada angkatan laut ini menghabiskan waktu 4 thn untuk membuat kapal selamnya sendiri.
8. Nautilus VAS Luxury Submersible

Nautilus VAS Luxury Submersible adalah kapal selam swasta yang dirancang untuk memulai off yacht. Itu punya konstruksi kelas militer kelas, jadi jika Anda entah bagaimana masuk ke sebuah situasi di mana orang akan menembak Anda, Anda seharusnya aman. Dan hei, ia memiliki minibar dan stereo di dalamnya!

9. Trilobis 65

Arsitek angkatan laut Italia Giancarlo Zema bermimpi besar - sangat besar ketika ia merancang kapal selam yang disebut Trilobis 65. Pada pandangan pertama, Trilobis tampak seolah-olah akan lebih menjulang ke langit dari plying perairan atol, teluk dan taman laut. Melihat gambar komputer busur memunculkan visi dari piring terbang tahun 1950-an film-film fiksi ilmiah. Kapal selam ini rencananya menggunakan bahan bakar hydrogen nonpolluting.
10. RC Steampunk Nautilus Submarine

Remote control replica Nautilus Submarine dari 20,000 Leagues Under the Sea ini diciptakan oleh Bob Martin.

Remote mengontrol sub 66,5 inci didasarkan pada kit replika skala 1:32 disney. Kapal selam Steampunk telah dibangun dengan susah payah untuk mengikuti detail kecil dalam konstruksi dan fungsi. Memiliki silinder kedap air, tangki ballast, dan kontrol servo, semua didukung oleh baterai lithium ion untuk memastikan bahwa kapal selam fungsional.

Inilah Kapal Perang Tercanggih di Dunia

Inilah Kapal Perang Tercanggih di Dunia - Meski kebanyakan orang tidak suka dengan kekerasan (Perang). Namun karena alasan keamanan dan eksistensi, membuat produk-produk perang setiap saat diperbaharui dan keberadaanya semakin canggih saja. Pada postingan ini akan disungguhkan kepada kita semua, yaitu tentang Kapal Perang Tercanggih Di Dunia.

Nah.. bagi teman-teman yang pada penasaran ingin tau Kapal Perang Tercanggih Di Dunia yang ada saat ini, maka berikut adalah daftar selengkapnya, dimana sumber informasi ini diperoleh blog Karo Cyber dari berbagai situs internet:

1. DD-21 Zumwalt
kapal perang tercanggih DD-21 Zumwalt

DD Zumwalt Class adalah destroyer yang dirancang khusus untuk melakukan serangan darat. Karena itu DD 21 dilengkapi berbagai persenjataan untuk mendukung pasukan darat dalam misi utamanya. Tak heran byk pihak mengatakan bahwa DD21 akan menjadi destroyer sejati dengan kemampuan menghadapi berbagai misi sesuai permintaan panglima armada. Seperti halnya destroyer Arleigh Burke, DD21 merupakan kapal multimisi yg akan membverikan dukungan kemampuan tempur hingga mencapai pesisir dan darat. Pemasangan amunisi 5-inch/62 serta howitzer 155 mm yang menjangkau 100 mil hingga pedalaman, dipastikan akan menakutkan bagi lawan di daratan.

2. Type 45 Class
kapal perang tercanggih Type 45 Class

Ada dua predikat yg akan dikantongi Type 45 di jajaran AL inggris. Pertama, destroyer berkemampuan pertahanan udara terbesar yg pernah dioperasikan AL inggris dan kedua, kapal perang permukaan terbesar sejak PD II. Soal persenjataan utama, Type 45 dilengkapi versi tercanggih dan mematikan dari PAAMS (Principal Anti Air Missile System) yang dikembangkan bersama oleh Prancis dan Italia. Type 45 akan mengusung dua mesin gas WR-21 dgn intercooler dan recuperator. Kedua mesin dibangun oleh tim gabungan Rolls-Royce dan Northrop Grumman jg Alsthom Power Conversion Ltd.

3. Sea Shadow
kapal perang tercanggih sea Shadow

Sea Shadow merupakan kapal uji yang dikembangkan secara kelompok oleh Advanced Research Projedt Agency (ARPA), AL AS dan Lockheed martin Skunk Work. Pengembangan mulai dikerjakan pertengahan 1980. Desainnya yang kaku jelas dimaksudkan untuk mengurangi tangkapan radar. Secara visual, Sea Shadow berbentuk seperti 2 pohon yang menyerupai lambung hingga menghasilkan sedikit ombak. Penggunaan mesin diesel elektrik membuatnya nyaris beroperasi tanpa suara.

4. Littoral Combat Ship
kapal perang Littoral Combat Ship

Littoral Combat Ship merupakan varian kecil dari destroyer masa depan atau DD (X) untuk misi lepas pantai. LCS juga bisa dikatakan sebagai kapal dengan kemampuan DD(X) dan CG(X) alias kapal penjelajah dengan rudal kendali masa depan. Namun LCS, tidak dirancang untuk menggusur tugas kedua jenis kapal. Keunggulan LCS dapat disimak pada bentuk lambunganya yang baru. LCS kabarnya dirancang khusus untuk pertempuran atau misi yang bersifat asimetrik. Tugas utama LCS adalah melumpuhkan kapal2 kecil, penyapuan ranjau, dan peperangan antikapal selam di wilayah perairan lepan pantai.

5. La Fayette
kapal perang  La Fayette

Inilah frigat futuristik yang pernah berkunjung ke Indonesia. Frigat multimisi kelas La Fayette dibangun oleh Direction des Constructions Navales (DCN) yg bermarkas di Prancis. Hingga detik ini Arab Saudi, Singapura dan Taiwan tercatat sebagai pengguna. Desain siluman bisa dikenali dari struktur yang sangat “bersih” dibanding kapal perang pada umumnya. Superstruktur dibuat dari bahan komposit kayu (wood) dan fiberglass yang lebih keras dari baja, ringan, tahan api, dan menyerap radar (radar absorbant).

Gallery Kapal Perang

MM Andrea Doria-D 553





(Photo: shipspotting.com/Cpt. Lawrence Dalli)