Saturday, 5 November 2011

Pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia


Pesawat Sukhoi Su-30MKM antara yang paling moden di dunia.


Pesawat Mig-29N milik TUDM membuat pendaratan semasa pertunjukan di LIMA.


Pesawat F/A-18D Hornet TUDM  digunakan untuk operasi serangan termasuk serangan pada waktu malam.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye. Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju diberi dengan menggunakan pesawat Aermacchi MB339 AM yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

 Teknologi Moden

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya,  Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM. Walaubagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan. Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan dekat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini. Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.

Pesawat peronda maritim EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18D Hornet yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatihdua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007. Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.

Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.
Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dari Mil-171 atau pesawat Nuri sendiri.

 

Sukhoi PAK FA :Jet perang yang tercanggih dan terhebat di dunia


Jet perang milik Amerika Serikat, F-22 Raptor, segera punya pesaing. Saat ini Rusia sedang membangun jet tempur terbaru. Lihat beberapa gambar pesawat siluman Sukhoi PAK FA buatan Rusia.
Menurut Wikipedia, Sukhoi PAK FA [Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsy] adalah jet tempur generasi kelima, diciptakan untuk bersaing dengan F-22 dan F-35 Lightning II milik Amerika. Selama ini pesawat perang paling mematikan di dunia adalah F-22 Raptor atau biasa disebut F-22
Blog Berita mengutip blog English Russia, negara Rusia telah menyelesaikan contoh pesawat siluman Sukhoi PAK FA dan akan mulai memproduksi massal pada tahun 2010 mendatang. Rusia sendiri belum pernah memberitahukan secara resmi kepada publik seperti apa bentuk jet pengebom terbaru ini; mereka tetap merahasiakannya. Namun gambar sketsa komputer yang bocor di situs-situs Internet memperlihatkan desain jet siluman Sukhoi PAK FA. Semua gambar diambil dari English Russia dan Strange Military.Pesawat siluman adalah jenis jet perang yang tidak bisa terdeteksi oleh radar lawan, sehingga mustahil untuk ditembak termasuk dengan rudal.

1 Siluman baru saingan F 22
1 003 Siluman baru saingan F 22
152948 Siluman baru saingan F 22